Pages Menu
TwitterRssFacebook
Categories Menu

Posted in Current Happenings, Dakwah, Upcoming Events | 0 comments

Bicara Muslimah: Ramadan FAQ (20 Mei 2017)

Ramadan adalah bulan mulia dimana umat Islam berlumba-lumba untuk beribadah dan melakukan kebaikan, tidak terkecuali juga bagi kaum wanita. Namun, ada kalanya sebahagian wanita tidak berpeluang untuk melakukan ibadah secara berlebihan disebabkan keuzuran atau urusan rumahtangga seperti menyediakan juadah berbuka puasa dan sebagainya.

Antara perkara-perkara yang akan disampaikan:

• Peranan wanita di dalam bulan Ramadan

• Adakah wanita hamil atau yang menyusukan anak perlu mengqadha’ puasa sahaja atau perlu membayar fidyah?

• Jika seseorang wanita itu suci dari haidh sebelum fajar dan tidak mandi wajib sehingga masuk waktu subuh, adakah dibolehkan baginya untuk berpuasa?

• Apakah ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita haidh untuk mengisi masa pada bulan Ramadhan, khususnya jika haidh terjadi pada sepuluh malam terakhir?

Sesi ini terbuka kepada kaum Muslimah sahaja. Bagi yang berminat, sila daftar di www.tinyurl.com/BicaraMuslimah


Hit Counter provided by Skylight