Pages Menu
TwitterRssFacebook
Categories Menu

Posted in Current Happenings, Dakwah, Upcoming Events | 0 comments

ADIL: Menjadi Muslim Warga Singapura

Kursus ADIL terbaru di Al-Mukminin!

Modul ini menekankan kepentingan memahami dasar kehidupan manusia sesama mereka, khususnya dalam bersikap toleransi terhadap perbezaan pegangan agama. Dasar-dasar dari sudut dalil agama akan disertakan bagi menjelaskan lagi keperluan memahami aspek hubungan seorang Muslim dengan bukan Muslim. Singapura sebagai suatu negara yang bermasyarakat majmuk dari segi agama dan bangsa perlu mewujudkan sikap terbuka dalam kerencaman pegangan agama kerana ia dapat membawa kepada penerimaan yang baik serta mewujudkan keharmonian dalam masyarakat.

Modul ini mempunyai tiga bahagian berikut yang akan disentuh pada setiap sesi:
Bahagian 1: Islam dan Hubungan Muslim dan Bukan Muslim
Bahagian 2: Muslim Sebagai Rakyat Negara Bukan Islam
Bahagian 3: Islam dan Dialog Antara Agama

Jika berminat, sila daftar di www.tinyurl.com/ALMmuslimSG


Hit Counter provided by Skylight