Pages Menu
TwitterRssFacebook
Categories Menu

Posted in Current Happenings, Dakwah, Upcoming Events | 0 comments

Bicara Muslimah: Fake vs Fiqh Kecantikan

Secara fitrah, kebanyakan Muslimah ingin kelihatan cantik apabila berada di khalayak ramai. Terdapat banyak produk dan alat-alat kecantikan yang boleh digunakan untuk Muslimah mencantikkan diri mereka dan kelihatan lebih vogue. Namun, sejauh manakah Muslimah dibenarkan untuk berhias apabila berada di luar rumah dan apakah garis panduan syariah dalam bab ini?

Antara perkara-perkara yang akan dibincangkan:

– Adakah Muslimah dibolehkan untuk bersolek dan sejauh manakah solekan itu tidak dikira sebagai keterlaluan? Dan adakah perlu untuk menanggalkan solekan apabila berwudhu?

– Trend masa kini ialah melukis kening agar kelihatan tebal. Adakah ianya dibenarkan?

– Bolehkah Muslimah melakukan suntikan untuk memutihkan atau menegangkan kulit secara “permanent”?

Sila daftar di www.tinyurl.com/BicaraMuslimah. Tempat terhad | Percuma | Muslimah sahaja

 


Hit Counter provided by Skylight