Pages Menu
TwitterRssFacebook
Categories Menu

Posted in Current Happenings, Dakwah, Upcoming Events | 0 comments

(FULL) Bicara Muslimah: “Sisters Fillah”

(Update: Pendaftaran sudah penuh dan ditutup)

Dari Abdullah Bin Amr Bin Al – ‘As (r.a), Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah yang terbaik di antara mereka terhadap sahabatnya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah yang terbaik di antara mereka terhadap jirannya.” (HR Tirmidzi)

Sudah menjadi lumrah untuk seorang insan mempunyai sahabat atau teman baik dalam hidupnya.Rasulullah s.a.w sendiri mempunyai sahabat baik yang sentiasa menyokong dan mempertahankan Baginda dalam banyak urusan.

Persahabatan Baginda dengan Saiyidina Abu Bakar r.a adalah antara contoh yang wajar dijadikan tauladan. Kedua-duanya memiliki akhlak yang mulia dan berjuang di jalan yang sama. Sejauh mana kita sebagai umat Baginda boleh mencontohi persahabatan Rasulullah s.a.w?

Antara perkara-perkara yang bakal disampaikan:
• Kepentingan memilih sahabat yang baik dalam menyusuri jalan kehidupan
• Hak-hak sahabat yang perlu kita ketahui dan tunaikan
• Tips menjaga hubungan persahabatan agar sentiasa berkekalan


Hit Counter provided by Skylight