Pages Menu
TwitterRssFacebook
Categories Menu

Posted in Current Happenings, Dakwah, Upcoming Events | 0 comments

Syarahan Khas bersama Ustaz Dato’ Abu Hassan Din: “5 Tips Pengukuhan Suami Isteri”

Masjid Al-Mukminin akan menganjurkan sebuah syarahan khas bertajuk “5 Tips Pengukuhan Pasangan Suami Isteri” bersama yang berbahagia, Ustaz Dato’ Abu Hassan Din.

Antara bukti kebesaran Allah s.w.t. ialah manusia diciptakan berpasangan – seorang suami dan juga isteri. Tujuannya ialah untuk memberikan kebahagiaan kepada kita, menyenangkan hati kita, serta mewujudkan kemesraan di dalam kehidupan ini.

Bersama pasangan inilah kita membina kehidupan berkeluarga, mengharungi pahit getir hidup bersama. Belajar mengenal dan menerima seadanya. Namun bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Sudah tentu menjalinkan kehidupan bersama pasangan kita itu bukan suatu perkara yang mudah dan hanya indah semata. Menjamin rumahtangga yang bahagia memerlukan usaha gigih dari kedua-dua pihak pasangan suami isteri. Banyak yang boleh diusahakan untuk mencapai tujuan ini.

Syarahan ini akan diadakan pada Jumaat, 10 November 2017, bermula selepas Maghrib di dewan solat masjid.  Semua dipersilakan hadir.

 


Hit Counter provided by Skylight