Pages Menu
TwitterRssFacebook
Categories Menu

Posted in Current Happenings, Dakwah, Upcoming Events | 0 comments

Tanyalah Ustaz (21 Mei 2017)

Ibadah di dalam bulan Ramadan merupakan ibadah yang sangat agung dan memiliki keutamaan-keutamaan yang lebih daripada ibadah-ibadah yang lain. Antaranya, pahala amalan sunat sama dengan pahala amalan fardhu, dan pahala fardhu dilipatgandakan sebanyak tujuh puluh kali.

Semua keutamaan dan pahala ini hanya dapat diraih jika seseorang itu melakukan segala ibadah berlandaskan apa yang ditetapkan syaraa’ dengan betul.

Sesi “Tanyalah Ustaz” ini akan mengetengahkan barisan asatizah untuk menjawab kemusykilan mengenai bulan Ramadan, yang dikemukan para jemaah. Ia akan diadakan pada Ahad, 21 Mei 2017, selepas solat Maghrib di auditorium. Sempena sambutan ulangtahun Masjid Al-Mukminin yang ke-30, kami memanggil kembali pegawai-pegawai dakwah yang pernah bertugas di masjid ini iaitu: Ustaz Dr Leyaket Ali & Ustaz Hisham Amir selaku panelis dan Ustaz Abdul Fattah selaku moderator.

Seandainya anda mempunyai soalan untuk ditujukan kepada ustaz-ustaz, sila ke www.tinyurl.com/AlmTanyalahUstaz

Semua dipersilakan hadir.


Hit Counter provided by Skylight